3.6.09

Diriku kini

Hari-hari ku kini berlalu dengan begitu perlahan. Saat demi saat ku menanti dengan sabar, mengira waktu sehingga tiba masanya untuk aku menjejakkan kaki ke tanah air yang ku cinta. Perilaku ku serba tak kena. Tidak lah seperti insan putus cinta tapi ke suatu tahap, mandi ku tak basah, tidur ku tak lena, makan ku tak kenyang. Setiap pagi ku mencelikkan mata dan memangkah kalendar 'imaginary' yang terus melintas di fikiran ku. Setiap pagi juga akan ku berjanji pada diri sendiri untuk menjadi lebih produktif. Tapi setiap pagi juga aku sedar, kudrat ku tiada. Memaksa diri untuk bangun dari katil cukup menghabiskan tenaga ku. Matahari yang memancar tidak lansung menggoda ku untuk keluar kerana ku tahu tiada siapa akan boleh menemanku ke mana-mana. Sindrom 'feeling-lethargic-because-there-is-nothing-to-look-forward-to' makin mencengkam hati dan perasaan ku. Jam kini menunjukkan pukul 12.30 malam. Sudah sampai masanya untuk aku tidur dan bersedia untuk menghadapi hari esok. Hari yang sama. Tiada apa yang berbeza kecuali namanya. Selamat.

p/s: pengajaran yang perlu diambil... jika anda habis exam awal berbanding rakan-rakan anda, pastikan anda sudah mempunyai perancangan selengkapnya...

No comments: